Saturday 23 May 2015

Jenis Camera dan DVR

Pengenalan

CCTV didatangkan dengan DVR yang mempunyai bilangan kamera yang berbeza. Ada yang datang dengan 4 channel, 8 channel, 16 channel, 24 channel, 32 channel dan bermacam macam lagi. Namun begitu kebanyakkan premis perniagaan dan rumah hanya akan pasang paling tinggi pun 16 channel. Ini mungkin disebabkan keluasan premis atau rumah itu sendiri. Channel adalah bilangan kamera yang boleh di masukkan dalam satu DVR tersebut. Contohnya 4 channel bersamaan dengan 4 kamera. begitu juga dengan yang lainnya.

Secara am nya pelanggan akan memasang kamera mengikut berapa banyak slot di belakang DVR seperti yang saya sebutkan di atas tadi, Namun sebenarnya jika pelanggan mahukan pasang kurang dari set yang disebutkan, itu tidaklah menjadi masalah. Pelanggan boleh untuk menambah kamera pada masa akan datang jika perlu. Penambahan selalunya akan di buat berdasarkan berapa bilangan slot DVR yang masih ada. Jika jumlah slot tersebut ada empat, dan jika pelanggan baru memang dua kamera pada slot tersebut, pelanggan boleh menambah lagi dua kamera tersebut pada masa akan datang. Tetapi jika pelanggan ingin tambah kamera lebih dari slot yang ada, pelanggan harus untuk tukar DVR tersebut kepada DVR yang mempunyai banyak slot kamera.


Jenis Kamera

Kamera CCTV terbahagi kepada beberapa jenis. Tetapi kami di Flickers One hanya banyak tertumpu kepada beberapa jenis kamera yang selalunya menjadi permintaan pelanggan. Antaranya:

1/3" Sony Enhanced Effio-E Sensor (700tvl)






Kamera jenis ini selalunya dipasang pada rumah rumah, dan rumah kedai. Kualitinya bagus dan ianya lebih murah.











1/2.9" 1 Megapixel CMOS image sensor (1.0 Megapixel)




Kamera jenis ini juga selalunya di pasang di rumah rumah dan di premis rumah kedai, pejabat dan sebagainya. Namun camera jenis ini mempunyai rakaman yang lebih jelas. Kualitinya bagus dan harganya juga memadai.









1/3" 3.0 Megapixel Progressive Scan Aptina CMOS image sensor (3.0 Megapixel)





Kamera jenis ini biasanya digunakan utk syarikat syarikat yang besar untuk keselamatan yang lebih terperinci. Contohnya seperti Bank dan sebagai nya. Kualitinya sangat baik dan harganya juga agak tinggi. Namun kami juga pernah memasang kamera jenis ini di rumah, kerana pemilik rumah tersebut berprofile tinggi. 









Jenis DVR

Dvr juga mempunyai banyak jenis dan perbezaan. Ada DVR yang dipasang tidak dapat mengeluarkan gambar yang baik di sebabkan oleh DVR itu sendiri. Antara DVR yang selalu kami gunakan adalah:


H.264 Real-Time 960H Tribrid DVR

DVR jenis ini biasanya digunakan untuk kamera jenis 1/3" Sony Enhanced Effio-E Sensor (700tvl). Dimana DVR ini mampu untuk memberikan hasil gambar yang cantik bersesuaian dengan kamera yang digunakan. DVR jenis ini juga digunakan untuk camera jenis 1/2.9" 1 Megapixel CMOS image sensor (1.0 Megapixel) kerana DVR ini juga mampu untuk memberikan gambar yang baik bagi kamera jenis ini.  Kualiti yang baik dan harga yang berpatutan.



H.264 Hybrid 720P,1080P DVR



DVR jenis ini biasanya digunakan untuk kamera jenis 1/3" 3.0 Megapixel Progressive Scan Aptina CMOS image sensor (3.0 Megapixel). DVR ini mampu memberikan gambar yang lebih jelas. Harganya lebih tinggi dari DVR biasa tetapi berpatutan dengan kualiti gambar yang di perolehi.





Hubungi kami 

Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami, anda bolehlah hubungi kami di talian:

011-59565703

(Flickers One / Asa Smart Unite Resources)


*tinggalkan sebarang komen dibawah**